Translate

Khamis, 14 April 2016

Jumaat Yang Hiba

15/4/2016 
9 pagi

Jumaat bertemu jumaat.. aku teringat saat ni, minggu lepas hari rabu,aku masuk wad HBM sebb baby kurg gerak, alhamdulillah petang khamis 5.30 aku dpt kluar wad. Tapi sejam lpas tu, aku kena admit wad semula sebb terjatuh, alhamdulillah, Allah jaga kandunganku, masa jatuh sempat tampan dgn dua tapak tangan, perut x dan kena lantai bumi. Hanya lutut kiri yg terluka skit. Alhamdulillah, luka pun dah beransur sembuh.
Hingga tiba ke pagi ini seperti jumaat lepas.
7.30 pg aku bersarapan sambil berbual di telefon dgn mak, mak ckp nak mai penang nak tengok aku dan nak bawa barang baby sekali. happy la aku mak nak mai.. hbis sembang, Lepas selesai bersarapan, nurse panggil aku untuk cek jantung baby, ambil masa setengah jam baru selesai. Lpas siap, aku pergi ke katil dan duduk di kerusi dahulu sambil baca msj di whats app.
Tumpuan utama, whats app famly. Msj dr Abang long, send location rumah maksu di Sungai Bakap . Erm, beria sgt abang long nak p tapi Aku pulak masuk wad. Aku teringat susu kambing dgn sabun yg aku pos, tanya abang long dah dapat ke belum. Tp msj kak su ( kak ipar) masuk bgtau abang long pengsan.
Aku kelu sekejap. Tak sedap hati, aku berjln perlahan pergi kat meja nurse, dan tanya nak minta izin balik nak tgok abang long. Nurse ckp kena tunggu dlu, kena tanya dr pakar sebb jatuh, kena scan lg pagi tu, n masih kena pantau kandungan dlm 24 jam. Ok, fine. Aku diam dan berjln semula ke katil aku dan duduk semula di kerusi aku.. aku call mak, tp abg ngah yg angkat, dan bgtau mak tgah baca yasin dan tgah tgu ambulan dtg. Dlm hati, aku doa spya semuanya elok. Aku text whats app kat suami bgtau nk balik.
Sampai jam 9.00.. msj whats app famly masuk, kak su bgtau abang long dah xda (meninggal). Serius! Aku x percaya. Tp masa tu air mata aku dah menitis laju. Ya Allah, aku x percaya.. kelu sangat-sangat. Xkan lah. Tadi pagi send location, xdan bebrapa jam dan xda. Air mata keluar dan terus keluar, mujur masa tu xda waktu melawat. Kaki aku lemah, x dapat lagi nak berjalan jumpa nurse. Sempat aku panggil nurse yg lalu bagi ubat dkat pesakit, ckp nak balik.
Tangan aku masih genggam enset. Aku call suami banyak kali, tp x berjwab. Call cgu tasek mana2 yg msih aku simpan nombor. Alhamdulillah, no tel cgu Tate ada, berjwb. Dgn kelu lidah aku bgtau minta cari suami. Emergency. semuanya mkn masa, x boleh nak rushing. sementara tgu, kontrol lagi emo, pergi scan kandungan dan lpas tu minta nk balik. Pun x lepas lg. Yg scan dr biasa. Kna tgu dr pakar mai bg result. baju dah siap tukar, suami dah sampai, tunggu lagi.
Akhirnya jam 12 setengah lebih baru boleh bertolak balik kedah dr Hospital Bukit Mertajam.
Sampai rmah 1.30, xda org, tgal kak ipar je ada. Yg lain semua di rmah abang long (arwah). Lpas siap solat zohor, tgu suami balik solat jumaat, bertolak ke rmah abang long di smpang empat. Semua ada kat sana. Suasana hiba, terkedek-kedek aku jln berslm dgn saudara yg ada. Kemudian berslm dgn abang akak, last dgn mak. Erm.. berjurai air mata aku jatuh jugak akhirnya. Di ruang tamu terlihat sekujur tubuh lelaki.
Allah huakbar!
Mengalir laju air mataku.. ayah dah pergi, abang husin pun pergi..
Aku sedar, aku x patut menangis, aku dah besar dan seharusnya aku tak mengis.. apakan daya hati ini lembut.. arwah abang pergi pada hari jumaat, dalam keadaan yang baik. Ujian sakit yg ditanggung selama ni dah berakhir.. al fatihah untuk arwah abang long.
:((
Acara mandi dan kafan semua dilakukan di rumahnya di simpang empat. Dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Alor Besar sesegera mungkin. Semua adik beradik ada, tinggal abang no 4 dan kak no 6 xdan sampai..
Abang long,
Dia yang paling baik, penyayang dan pemurah..
Murah dengan senyuman, penyabar dan payah melihatnya marah.
Perginya tiada ganti.
Banyak berjasa padaku dan famly.
Doaku titip, moga aman dan damai disana,
Ditempatkan dikalangan orang yg soleh. Aamiin..
.......
Kita bukan sesiapa untuk menilai baik buruk seseorang, Allah berhak memberi kebaikan pada siapa yang dia kehendaki.. Dunia medan ujian, bagaimana amalan, begitulah pengakhiran.
(Abang long sebelah mak)
By
Adik bongsu yang merinduimu.