Translate

Jumaat, 4 Mac 2016

Adakah Susu Kambing Bersifat PANAS???






Assalamualaikum.. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana masih berikan kita kesempatan untuk menghirup  udara pagi ni.

Bercakap soal susu kambing, mesti tak lari daripada  persoalan 'adakah susu kambing bersifat panas?'. kan?
Persoalan tersebut telah membuatkan ramai kaum Melayu, khususnya umat Islam di Malaysia menjadi takut dan was-was untuk mengamalkan minuman sunnah Nabi Muhammad SAW. Merujuk kepada  kepada entri saya yang sebelum ini, 'Khasiat Khalish Susu Kambing', ternyata susu kambing mempunyai banyak khasiat, bukan hanya untuk bayi dan kanak-kanak sahaja, malah kepada golongan dewasa, ibu hamil, ibu menyusu dan berpantang serta warga emas. Tapi, dek kerana terlalu ramai yang  menggembar-gemburkan bahawa susu kambing ni bersifat panas, menjadikan masyarakat bertambah takut untuk minum susu kambing.

Pernah dengar tak orang tua-tua cakap, ibu mengandung tak boleh minum susu kambing kerana bimbang akan keguguran. Bila tiba musim kenduri kendara atau raya Qurban pula, orang yang mempunyai penyakit darah tinggi selalu dipesan  supaya jangan makan banyak sangat daging kambing, nanti naik darah tinggi. Tapi, tak kurang juga yang memberi petua kepada bakal ibu, katanya, kalau nak elakkan anak kena jaundice semasa lahir, boleh amalkan minum susu kambing ketika hamil. Betul ke?

Sejauh mana kebenaranya itu? Dari sumber mana yang dipetik hinggakan masyarakat mempercayai bahawa susu kambing atau daging kambing ni 'panas' dan tak boleh dimakan banyak, walaupun hakikatnya,  umat Islam sendiri khususnya tahu bahawa susu kambing merupakn minuman kegemaran Nabi Muhammad SAW. Bahkan kaum melayu sendiri amat menyukai dan menggilai daging kambing tak kiralah sama ada dibuat  gulai daging kambing, sup tulang kambing, kambing grill.. kan??


Celik Susu Kambing




Sudah pasti, setiap sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW mempunyai kebaikan, keberkatan dan rahmat bagi sekalian ummat.  Percayalah, pemikiran masyarakat kita sebenarnya telah dijajah oleh barat. Kita telah dimomok-momokkan kononnya susu kambing atau dagingnya tidak elok dimakan dan berbahaya untuk ibu hamil serta orang yang menghidap penyakit darah tinggi.  Betapa ramai ibu-ibu pada hari ini, lebih gemar memilih susu formula lembu untuk diberikan kepada anak-anak mereka sejak masih bayi. Pelbagai jenis susu formula lembu dihasilkan dengan mempunyai pelbagai bahan tambahan, perasa, pewarna, DHA sintetik dan sebagainya diadun bersama untuk memberikan  rasa susu yang lebih enak agar dapat menarik minat kanak-kanak menyukai susu formula lembu.

Dalam menu harian ibu hamil, susu merupakan minuman yang terpenting dimana dapat membekalkan kalsium yang secukupnya kepada ibu hamil dan pada masa yang sama membantu proses tumbesaran tulang bayi di dalam kandungan. Kekurangan zat kalsium akan menyebabkan pelbagai masalah kepada ibu hamil seperti kerosakan gigi. Hal ini kerana kalsium ibu telah diserap oleh bayi  yang dikandung. Susu kambing merupakan susu yang terbaik untuk ibu hamil kerana kandungan kalsiumnya adalah lebih tinggi berbanding susu lembu.

Amalan minum susu kambing juga merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Terdapat beberapa dalil yang menjelaskan perihal ini. Di antaranya sepertimana yang disebutkan di dalam kitab Syamail Muhammadiyah karangan Imam al-Tirmizi seperti berikut: Daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud: Ia melihat Rasulullah SAW berwudhuk (lagi) setelah memakan susu yang telah dipadatkan. (Riwayat al-Tirmizi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban). Daripada Anas RA yang bermaksud: Dengan gelas ini saya telah memberikan kepada Rasulullah SAW segala jenis minuman: air, anggur, madu dan susu. (Riwayat Muslim, al-Tirmizi dan al-Hakim). Selain itu juga (bukan di dalam kitab Syamail Muhammadiyah), terdapat sebuah hadis yang agak panjang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Asim menceritakan bahawa Nabi SAW dan para sahabat meminum susu kambing ketika di dalam peristiwa hijrah dari Mekah ke Madinah. 2. Hadis mengenai Nabi SAW memilih untuk meminum susu semasa peristiwa Israk dan Mikraj diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ahmad. Namun kedua-dua hadis tersebut tidak menyatakan sama ada susu itu daripada kambing ataupun binatang lain. Wallahualam. 


Gambar di bawah menunjukkan perbezaan tentang susu kambing dan susu lembu :-


Masih Risau Nak Minum Susu Kambing?

Hilangkan kerisauan anda dengan segera kerana jika tidak, anda akan kerugian untuk mendapatkan khasiat  susu kambing. Hari ini, susu kambing sudah mula dipasarkan di negara kita dengan pelbagai jenama. Pastinya, susu kambing yang dikeluarkan tidak mempunyai bahan campuran yang tidak jelas maksud dan fungsinya. Berbanding susu formula lembu,terdapat  kandungan yang diragui dan menimbukan was-was sehingga boleh mendapat kesan sampingan  buruk selepas meminum susu formula lembu tersebut.

Khalish Susu Kambing Tak Panas


Saya perkenalkan kepada anda, Khalish susu kambing yang tidak bersifat panas. Khalish susu kambing telah dipastuer mengikut piawai dan kandungan laktosa yang ada dalam khalish susu kambing adalah sangat-sangat rendah yang dapat mencegah alahan dan boleh mencegah asthma, masalah pernafasan, radang telinga, infeksi kulit dan gangguan saluran pencernaan. 
Susu yang telah dipastuer bermaksud susu yang dirawat dengan cara memanaskan pada suhu tertentu.  Berbanding dengan susu segar yang diperah yang belum melalui proses pempasteuran boleh menyebabkan pembiakan bakteria listeria. Ia boleh memudaratkan ibu dan bayi yang dikandung.



Jadi ibu-ibu, tunggu apa lagi? Bertukarlah kepada susu kambing, minuman sunnah kegemaran Nabi Muhammad SAW InsyaAllah, anda pasti puas hati. Khalish susu kambing amat sesuai dijadikan sebagai minuman suplimen harian untuk seisi keluarga. 

Nak tahu khasiat Khalish susu kambing dengan lebih lanjut? 

Baca entri : Khasiat Khalish Susu Kambing 
layari laman web : www.khalish.com.my/ . 
Nak order?
whats app/ msj :01124272548 (Agen Simpang Ampat Pulau Pinang.) 











Rabu, 2 Mac 2016

KHASIAT KHALISH SUSU KAMBING

Assalamualaikum semua..

Sihat ke? hehe.. semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada pembaca saya..
Kali ini, saya nak terangkan serba sedikit tentang khasiat susu kambing keluaran Khalish.  Seperti yang kita sedia maklum, semakin banyak umat Islam di Malaysia semakin celik dengan khasiat susu kambing yang merupakan minuman sunnah Nabi Muhammad SAW. Walaupun pada zaman dahulu, terdapat, haiwan ternakan lain, seperti unta, keldai, lembu dan kibas, tetapi Nabi Muhammad SAW tetap memilih susu kambing sebagai minuman kegemarannya.

Hingga ke hari ini terdapat pelbagai jenama produk yang telah mengeluarkan susu kambing dalam bentuk serbuk seperti susu kambing keluaran MUKMIN, WILDAN, HI GOAT, D' HERBS, KHALISH dan sebagainya. Setiap jenama tersebut mempunyai kelebihan tersendiri, termasuklah susu kambing keluaran Khalish.



RM 44.00 (SM) / RM 50.00 (SS)
500g
Nak order?? whats app :  01124272548




Khalish susu kambing merupakan minuman berkhasiat untuk :

  • Bayi dan kanak-kanak
  • Dewasa dan warga emas
  • Pasangan ikhtiar mendapat zuriat / hamil
  • Wanita hamil dan berpantang

Khasiat  kepada Bayi dan Kanak-kanak
  1. Meningkatkan IQ dan EQ kanak-kanak
  2. Mencegah penyakit demam kuning
  3. Mengatasi penyakit batuk dan asma
  4. Menghilangkan kahak dan lelah anak.
  5. Menghindarkan masalah sembelit
  6. Membantu sistem penghadaman
  7. Meningkatkan selera makan
  8. Tulang anak lebih kuat.Gigi cepat tumbuh. (Kalsium pada susu kambing lebih tinggi dari susu lembu)
  9. Membekalkan nutrien yang cukup kepada tubuh
  10. Mempunyai rasa yang enak dan tidak berbau hamis.
  11. Bersifat less allergenik sesuai untuk anak yang alah protein susu lembu.
Khasiat kepada Dewasa :
  1. Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
  2. Membantu sistem penghadaman.
  3. Membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
  4. Sebagai elemen anti penuaan dan mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (Inflamasi Sendi)
  5. Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
  6. Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
  7. Memulihkan tenaga batin
Khasiat kepada Warga Emas
  1. Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
  2. Membantu sistem penghadaman.
  3. Membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
  4. Sebagai elemen anti penuaan dan mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (Inflamasi Sendi)
  5. Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
  6. Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
  7. Memulihkan tenaga batin
Khasiat kepada Pasangan Ikhtiar Hamil
  1. Meningkatkan peluang untuk mendapatkan zuriat.
  2. Diiperkaya dgn Kandungan Iron dalam bentuk yang paling pantas diserap oleh tubuh dan asid folik penting untuk menguatkan rahim sebagai persediaan untuk kehamilan yang sihat
  3. Kombinasi  susu kambing dan kurma sangat bagus untuk kesuburan ikhtiar cara masyarakat arab dan terkenal dgn kemujarabannya.
Khasiat kepada Wanita Hamil
  1. Menghilangkan loya dan pedih hulu hati
  2. Memberi tenaga dan menyegarkan tubuh badan
  3. Mengurangkan kesan selulit pada perut
  4. Mencegah bayi dari terkena demam kuning
  5. Sumber kalsium dan mineral untuk tubuh & kandungan
  6. Membantu membersihkan anggota dalaman dan peranakan semasa bersalin
Khasiat kepada Ibu  Menyusukan Anak dan Berpantang
  1. Meningkatkan pengaliran susu badan dan menambahkan susu ibu.
  2. Memekat kan susu
  3. Membantu merawat bayi yang terkena demam kuning.
  4. Memperbanyakan susu ibu
  5. Mengelakkan bayi dari kembung perut
  6. Badan kekal bertenaga walaupun bayi kerap menyusu
  7. Mencantikkan kulit dan bayi (Kulit bayi tak sensitif dan susah nampak parut)
  8. Bayi yang menyusu turut dapat khasiatnya.
  9. Baby lebih aktif
  10. Bayi cepat kenyang dan tidur dengan nyenyak
  11. Mengekalkan kecergasan ibu selepas bersalin
  12. Membantu mempercepatkan pemulihan anggota dalaman ibu selepas bersalin.
Itulah secara ringkas tentang khasiat Khalish Susu Kambing. Sekian dahulu setakat ini.. jumpa di lain entri.. 

Selasa, 1 Mac 2016

Resepi Kek Mini Susu Kambing Coklat kurma Khalish

Resepi Kek Mini Susu Kambing Coklat kurma Khalish

Alhamdulillah, 
sehari dua ni teringin sangat tekak ni nak makan kek, suami dah belikan kek di kedai tapi macam tak kena dengan selera tekak ni.  3 biji cupcake  yang suami beli habis dimakan, tapi masih tak puas  hati. Tiba-tiba je, terlintas di otak ni nak cuba buat kek mini guna Khalish Susu Kambing. hehe.. 

Merenget-renget aku minta suami buatkan kek, tapi suami tak nak buat. Malas katanya.. Tapi... mungkin sebab kesian tengok isterinya yang sarat ni dok merenget nak makan kek, suami aku bagi cadangan, dibawanya semua peralatan kek, dengan bahan-bahan semua sekali letak depan aku. Termasuk dengan pemutar kek sekali.. Huhuhu.. Jadi, dapatlah aku buat kek sambil duduk bersila.. hehe..thanks alot my beloved husband.. muahh chekitt.. 

Cakap pasal kek ni, aku tak da la pandai mana sangat buat kek, sekadar buat ek pisang tu menjadi la jugak, kek lain masih dalam proses belajar lagi. biasa, kita makan kek coklat  je kan, macam kurang berkhasiat, jadi aku cuba buat kek guna  Khalish Susu Kambing  perisa Coklat Kurma. Kalau dah bancuh minum je dah rasa sedap dan berkenan di hati, mesti kalau buat kek pun sedap jugak. kan??

Resepi Kek Mini Susu Kambing Coklat Kurma Khalish ni aku agak-agak je, tak guna sukatan gram.. hehe.. alergik nak menyukat. huhu.. insyaAllah korang pun boleh buat kek mini yg berkhasiat ni.. 


Bahan :
2 biji telur, 
setengah cawan tepung naik sendiri (blukey), 
1 sudu besar mentega pelangi, 
4 scoop Khalish Susu Kambing Coklat Kurma (guna scoop yg disediakan) 
setengah cawan gula ( boleh kurgkan lg sebb susu kambing coklat kurma dah manis), 
1/2 sudu teh soda bikarbonat, 
2 cubit baking powder 
Sedikit esen vanila. 

Cara buat : 
- Pukul telur, gula dan mentega sampai kembang.
- Masukan bahan ayak ( tepung naik sendiri, Khalish Susu Kambing, baking powder, soda bikarbonat) dan putar hingga sebati. 
- Kemudian masukan sedikit esen vanila setitis.
Panaskan dlu ketuhar /oven 150 darjah api atas bawah selama 10 minit. 
Loyang saiz kecil, boleh jga buat dlm cup kecil ikut kreativiti
Saya guna loyang saiz 10 cm, 
sapukan lotyang dengan sedikit mentega. masukan acuan ke dalam loyang.. goyang-goyang sedikit bagi rata, dan bakar dlm oven selama 20 minit - 25 minit.

ok.. jadilah kek mini seperti di bawah ni.. hehe.. 
sebijik kongsi dengan suami.. mkn sikit pun dah kenyang. selebihnya akulah yg habiskan. haha.. suami cakap, " kek ni sedap. Rugi la buat sikit, kalau x boleh bawa bekal p sekolah nak tunjuk kat cikgu-cikgu. hahaha..!! " . 
Jangan riak ye, suamiku sayang.. 



hj