Translate

Jumaat, 4 Mac 2016

Adakah Susu Kambing Bersifat PANAS???






Assalamualaikum.. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana masih berikan kita kesempatan untuk menghirup  udara pagi ni.

Bercakap soal susu kambing, mesti tak lari daripada  persoalan 'adakah susu kambing bersifat panas?'. kan?
Persoalan tersebut telah membuatkan ramai kaum Melayu, khususnya umat Islam di Malaysia menjadi takut dan was-was untuk mengamalkan minuman sunnah Nabi Muhammad SAW. Merujuk kepada  kepada entri saya yang sebelum ini, 'Khasiat Khalish Susu Kambing', ternyata susu kambing mempunyai banyak khasiat, bukan hanya untuk bayi dan kanak-kanak sahaja, malah kepada golongan dewasa, ibu hamil, ibu menyusu dan berpantang serta warga emas. Tapi, dek kerana terlalu ramai yang  menggembar-gemburkan bahawa susu kambing ni bersifat panas, menjadikan masyarakat bertambah takut untuk minum susu kambing.

Pernah dengar tak orang tua-tua cakap, ibu mengandung tak boleh minum susu kambing kerana bimbang akan keguguran. Bila tiba musim kenduri kendara atau raya Qurban pula, orang yang mempunyai penyakit darah tinggi selalu dipesan  supaya jangan makan banyak sangat daging kambing, nanti naik darah tinggi. Tapi, tak kurang juga yang memberi petua kepada bakal ibu, katanya, kalau nak elakkan anak kena jaundice semasa lahir, boleh amalkan minum susu kambing ketika hamil. Betul ke?

Sejauh mana kebenaranya itu? Dari sumber mana yang dipetik hinggakan masyarakat mempercayai bahawa susu kambing atau daging kambing ni 'panas' dan tak boleh dimakan banyak, walaupun hakikatnya,  umat Islam sendiri khususnya tahu bahawa susu kambing merupakn minuman kegemaran Nabi Muhammad SAW. Bahkan kaum melayu sendiri amat menyukai dan menggilai daging kambing tak kiralah sama ada dibuat  gulai daging kambing, sup tulang kambing, kambing grill.. kan??


Celik Susu Kambing




Sudah pasti, setiap sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW mempunyai kebaikan, keberkatan dan rahmat bagi sekalian ummat.  Percayalah, pemikiran masyarakat kita sebenarnya telah dijajah oleh barat. Kita telah dimomok-momokkan kononnya susu kambing atau dagingnya tidak elok dimakan dan berbahaya untuk ibu hamil serta orang yang menghidap penyakit darah tinggi.  Betapa ramai ibu-ibu pada hari ini, lebih gemar memilih susu formula lembu untuk diberikan kepada anak-anak mereka sejak masih bayi. Pelbagai jenis susu formula lembu dihasilkan dengan mempunyai pelbagai bahan tambahan, perasa, pewarna, DHA sintetik dan sebagainya diadun bersama untuk memberikan  rasa susu yang lebih enak agar dapat menarik minat kanak-kanak menyukai susu formula lembu.

Dalam menu harian ibu hamil, susu merupakan minuman yang terpenting dimana dapat membekalkan kalsium yang secukupnya kepada ibu hamil dan pada masa yang sama membantu proses tumbesaran tulang bayi di dalam kandungan. Kekurangan zat kalsium akan menyebabkan pelbagai masalah kepada ibu hamil seperti kerosakan gigi. Hal ini kerana kalsium ibu telah diserap oleh bayi  yang dikandung. Susu kambing merupakan susu yang terbaik untuk ibu hamil kerana kandungan kalsiumnya adalah lebih tinggi berbanding susu lembu.

Amalan minum susu kambing juga merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Terdapat beberapa dalil yang menjelaskan perihal ini. Di antaranya sepertimana yang disebutkan di dalam kitab Syamail Muhammadiyah karangan Imam al-Tirmizi seperti berikut: Daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud: Ia melihat Rasulullah SAW berwudhuk (lagi) setelah memakan susu yang telah dipadatkan. (Riwayat al-Tirmizi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban). Daripada Anas RA yang bermaksud: Dengan gelas ini saya telah memberikan kepada Rasulullah SAW segala jenis minuman: air, anggur, madu dan susu. (Riwayat Muslim, al-Tirmizi dan al-Hakim). Selain itu juga (bukan di dalam kitab Syamail Muhammadiyah), terdapat sebuah hadis yang agak panjang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Asim menceritakan bahawa Nabi SAW dan para sahabat meminum susu kambing ketika di dalam peristiwa hijrah dari Mekah ke Madinah. 2. Hadis mengenai Nabi SAW memilih untuk meminum susu semasa peristiwa Israk dan Mikraj diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ahmad. Namun kedua-dua hadis tersebut tidak menyatakan sama ada susu itu daripada kambing ataupun binatang lain. Wallahualam. 


Gambar di bawah menunjukkan perbezaan tentang susu kambing dan susu lembu :-


Masih Risau Nak Minum Susu Kambing?

Hilangkan kerisauan anda dengan segera kerana jika tidak, anda akan kerugian untuk mendapatkan khasiat  susu kambing. Hari ini, susu kambing sudah mula dipasarkan di negara kita dengan pelbagai jenama. Pastinya, susu kambing yang dikeluarkan tidak mempunyai bahan campuran yang tidak jelas maksud dan fungsinya. Berbanding susu formula lembu,terdapat  kandungan yang diragui dan menimbukan was-was sehingga boleh mendapat kesan sampingan  buruk selepas meminum susu formula lembu tersebut.

Khalish Susu Kambing Tak Panas


Saya perkenalkan kepada anda, Khalish susu kambing yang tidak bersifat panas. Khalish susu kambing telah dipastuer mengikut piawai dan kandungan laktosa yang ada dalam khalish susu kambing adalah sangat-sangat rendah yang dapat mencegah alahan dan boleh mencegah asthma, masalah pernafasan, radang telinga, infeksi kulit dan gangguan saluran pencernaan. 
Susu yang telah dipastuer bermaksud susu yang dirawat dengan cara memanaskan pada suhu tertentu.  Berbanding dengan susu segar yang diperah yang belum melalui proses pempasteuran boleh menyebabkan pembiakan bakteria listeria. Ia boleh memudaratkan ibu dan bayi yang dikandung.



Jadi ibu-ibu, tunggu apa lagi? Bertukarlah kepada susu kambing, minuman sunnah kegemaran Nabi Muhammad SAW InsyaAllah, anda pasti puas hati. Khalish susu kambing amat sesuai dijadikan sebagai minuman suplimen harian untuk seisi keluarga. 

Nak tahu khasiat Khalish susu kambing dengan lebih lanjut? 

Baca entri : Khasiat Khalish Susu Kambing 
layari laman web : www.khalish.com.my/ . 
Nak order?
whats app/ msj :01124272548 (Agen Simpang Ampat Pulau Pinang.) 











Tiada ulasan:

Catat Ulasan